Ahad, 20 Februari 2011

iman yg sejati berkehendak kpd lawan. baru terbukti keperkasaannya apabila berjaya mengalahkan lawan

Stategi musuh-musuh Islam MEMPERGUNAKAN WANITA

Stategi musuh-musuh Islam MEMPERGUNAKAN WANITA untuk merosakkan masyarakat Islam

1. mengeluarkan wanita-wanita dari rumah. untuk berkerja di luar rumah- mengejar kerjaya

2. lepaskan wanita dari ikatan-ikatan/kawalan-kawalan penjaga, bapa, suami atau keluarga. supaya mrk bebas beraktiviti dan bersosial di luar rumah.

3. sebarkan ia (wanita) di merata-rata- berpeleseran di jalan-jalan, berkerja di segala bidang. supaya timbul angkara fitnahnya di mana-mana.

4. menggalakkan mrk (wanita) membuka aurat di luar rumah.

5. mewujudkan suasana persekitaran ‘bergaul bebas’ antara lelaki dgn wanita. terutama di tempat-tempat kerja. supaya hilang rasa segan, malu dan kekok wanita kpd lelaki.

6. menggalakkan berhubungan wanita dgn lelaki. mempromosikan keseronokan  budaya hidup berpasangan tanpa ikatan nikah. supaya timbul dan merebak penyakit-penyakit sosial seperti penzinaan, anak haram, membunuh kandungan dan buang bayi.

Rabu, 16 Februari 2011

Jihad menentang thaghut

*Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.  (Al Anfal: 39)

*Al Baqarah:216

*Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).  (Al Hujurat: 15) 


*Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).             (At Taubah: 24)

*Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  (At Taubah: 39)


*Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
(As Saff: 10, 11 12, 13 )

*Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At Taubah: 111)


*Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.  (Ali Imran: 169, 170, 171)

Selasa, 15 Februari 2011

berbangga bangga dgn kecantikan rupa

Dia lah yang membentuk RUPA kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Ali Imran: 6)

tidak ada guna bertanding bertewas kecantikan paras rupa krn ianya adlh ditentuan oleh Tuhan semata mata. tidak ada daya upaya dan ikhtiar kita untuk menentukan atau mengubahnya. diberikaNya kita cantik; bersyukur. diberikanNya kita hodoh; redha.

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” (Al Hujurat: 13)

bertanding bertewas tentang kecantikan paras rupa, tidak ada faedahnya.


apa yg perlu dijadikan matlamat/sasaran perlumbaan yg sebenar ialah  'siapakah yg paling bertaqwa'

Ahad, 13 Februari 2011

kelemahan wanita

wanita mudah diperdaya oleh syaitan krn
1. kurang akal- suka menurut hati
2. kurang agama- krn masa solat & ibadatnya terhad

mudah diperalatkan oleh musuh-musuh Islam dgn isu-isu kebebasan, hak asasi, dan persamaan hak dgn kaum lelaki seperti yg diperjuangkan oleh wanita-wanita barat.

tuntutan-tuntutan yg diperjuangkan oleh wanita-wanita barat

pegangan aqidah yg mantap

Syed Qutb yg mati di tali gantung ketika menolak tawaran Presiden Jamal Abdul Nasser untuk memegang jawatan penting di dlm negara menyatakan dgn tegas:

"Jari telunjuk yg menyaksikan tentang keesaan Allah (SWT) dlm sembahyang menolak dgn keras untuk menulis satu perkataan yg akan menjadikan kerajaan thaghut merasa senang", krn ia mengetahui tentang maksud sabda Rasulullah (saw) yg bermaksud: Sesungguhnya dunia ini sama nilainya di sisi Allah (SWT) dgn sayap nyamuk

pertembungan antara kebenaran dgn kebatilan

"kalaulah Allah tidak jadikan pertentangan antara kebenaran dgn kebatilan, nescaya rosak binasalah bumi ini"

maksudnya: sunnah/ketetapan Allah ialah "akan sentiasa berlawan antara kebenaran dgn kebatilan, antara iman dgn kufur, antara aqidah Islam dgn aqidah kafir".

mustahil akan ada titik temu atau jalan tengah antara keduanya

hikmatnya: supaya jelas disisi Allah antara org yg beriman dgn org yg kafir

dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mrk tidak bertembung/berlawan; tetapi Allah melakukan apa yg dikehendakinNya.